Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
275 TATATERTIB SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) pegawai juga kerap kali menimbulkan perbalahan dengan orang awam dalam menjalankan tugasnya. Aduan juga diterima daripada pelanggan oleh jabatan tersebut hampir setiap hari; (c) pegawai juga dikatakan kurang cekap dan kurang berusaha walaupun telah berkhidmat selama 24 tahun. Pegawai enggan melaksanakan tugas walaupun tugas yang diberi adalah ringan; (d) berdasarkan laporan perubatan, pegawai berkenaan telah disahkan oleh Pakar Perubatan sebagai menghidap penyakit “Psychiatric” (tekanan mental) yang kritikal. Kesan daripada ini, pegawai mudah naik berang, bersuara tinggi dan kadang kala menengking pelanggan. Kelakuan pegawai boleh memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; dan (e) cadangan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai adalah berasaskan kepada representasi Ketua Jabatan bahawa adalah wajar perkhidmatan pegawai ditamatkan kerana melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Penamatan perkhidmatan ini juga dibuat kerana kelakuan pegawai yang boleh mencemarkan imej perkhidmatan awam. 4. MEMORANDUM KE BAWAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI- PERTUAN AGONG DIANGKAT UNTUK MENDAPAT PERKENAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk membersarakan pegawai tersebut daripada perkhidmatan awam di bawah perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) tetapi faedah persaraannya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak mendapat mengikut Akta yang sama. Faedah persaraan yang dikurniakan kepada pegawai disusutkan sebanyak 35% selaras dengan seksyen 13 Akta yang sama.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy