Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

271 TATATERTIB SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) pegawai telah mengambil kesempatan menggunakan ID yang diamanahkan kepadanya (pegawai memegang ID pengguna) untuk memasukkan maklumat palsu ke dalam Sistem SIREN bagi memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan. Sekiranya dilaksanakan dengan cara teratur, proses untuk berkahwin dengan wanita warga asing akan mengambil masa yang panjang tetapi melalui pegawai berkenaan, Surat Pengesahan Penceraian/Pembatalan Perkahwinan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dapat disediakan dengan mudah dan cepat; (c) pegawai juga didapati telah mengeluarkan surat-surat rasmi jabatan dengan meniru atau memalsukan tandatangan pegawai-pegawai atasannya yang terlibat dalam urusan kelulusan permohonan; (d) cadangan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai adalah berasaskan kepada representasi Ketua Jabatan bahawa adalah wajar perkhidmatan pegawai ditamatkan demi kepentingan awam kerana melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; dan (e) penamatan perkhidmatan di bawah sub peraturan 49(3), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ini dibuat kerana kes ini berkaitan dengan keselamatan negara dan jika diurus secara kes tatatertib biasa yang tertakluk kepada semakan kehakiman, adalah ditakuti rahsia kerajaan akan terbongkar yang mana boleh memudaratkan keselamatan negara. 4. MEMORANDUM KE BAWAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI- PERTUAN AGONG DIANGKAT UNTUK MENDAPAT PERKENAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk membersarakan pegawai tersebut daripada perkhidmatan awam di bawah perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) tetapi faedah persaraannya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak mendapat mengikut Akta yang sama. Faedah persaraan yang dikurniakan kepada pegawai disusutkan sebanyak 30% selaras dengan seksyen 13 Akta yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy