Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

270 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN TERLIBAT DENGAN SINDIKET MENGURUSKAN PERKAHWINAN 1. KES Encik SLP merupakan seorang Pembantu Pendaftaran Gred N17 yang bertugas di jabatan PN didapati terlibat dengan kegiatan sindiket menguruskan perkahwinan secara tidak teratur. 2. REPRESENTASI Representasi untuk menamatkan perkhidmatan Encik ABK ini telah di buat oleh Ketua Jabatan pegawai berkenaan di bawah peraturan 49 (3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. ASAS-ASAS PENAMATAN Ketua Jabatan pegawai telah membuat representasi seperti berikut: (a) pegawai didapati terlibat dengan kegiatan sindiket menguruskan perkahwinan secara tidak teratur untuk lelaki Cina warganegara Malaysia yang telah berumur dan telah beristeri berkahwin dengan gadis-gadis muda daripada Negara China, Thailand dan Indonesia dengan mendapat imbuhan yang lumayan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy