Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
18 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; (b) tempoh ketidakhadiran terlalu lama tidak dapat dimaafkan; dan (c) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan. 1. KES Puan PTG adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang bertugas di Sekolah Menengah GTO, Daerah M, Negeri T. Pegawai telah memohon cuti tanpa gaji bagi tempoh 1 Ogos 2000 hingga 15 April 2001 untuk mengikuti suami bertugas di Vietnam dan permohonan tersebut telah diluluskan. Pegawai sepatutnya melaporkan diri untuk bertugas semula pada 16 April 2001 tetapi pegawai tidak hadir bertugas sehingga 15 Mei 2004 . Kegagalan pegawai untuk memberi alamatnya di Vietnam menyebabkan pihak Sekolah Menengah GTO tidak dapat mengirim surat kepada pegawai. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. CONTOH 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy