Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

269 TATATERTIB SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Kad pengenalan akan dikeluarkan melalui ID pada aras yang tinggi yang dibekalkan kepada pegawai. ID tersebut mampu mengemas kini data-data berkaitan dan menghidupkan sijil kelahiran orang yang telah mati dan mengeluarkan kad pengenalan menggunakan sijil kelahiran tersebut; dan (c) penamatan perkhidmatan di bawah sub peraturan 49(3), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ini dibuat kerana kes ini berkaitan dengan keselamatan negara dan jika diurus menerusi prosedur kes tatatertib biasa dikhuatiri rahsia kerajaan akan terbongkar dan boleh memudaratkan keselamatan negara. 4. MEMORANDUM KE BAWAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI- PERTUAN AGONG DIANGKAT UNTUK MENDAPAT PERKENAN Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk membersarakan pegawai tersebut daripada perkhidmatan awam di bawah perenggan 10(5)(d) Akta Pencen 1980 (Akta 227) tetapi faedah persaraannya tidak lebih daripada amaun yang pegawai layak mendapat mengikut Akta yang sama. Faedah persaraan yang dikurniakan kepada pegawai disusutkan sebanyak 30% selaras dengan seksyen 13 Akta yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy