Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

268 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MEMALSUKAN KAD PENGENALAN DAN SIJIL KELAHIRAN 1. KES Encik ABK adalah seorang Pembantu Tadbir Gred N17 yang bertugas di Jabatan XY dilaporkan telah memalsukan telah memalsukan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran. 2. REPRESENTASI / PERAKUAN Representasi untuk menamatkan perkhidmatan Encik ABK ini telah di buat oleh Ketua Jabatan pegawai berkenaan di bawah peraturan 49(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. ASAS-ASAS PENAMATAN Ketua Jabatan pegawai telah membuat representasi seperti berikut: (a) menurut laporan, pegawai didapati mengeluarkan Kad Pengenalan secara tidak teratur dengan menggunakan Sijil Kelahiran kepunyaan orang lain atau menggunakan Sijil Kelahiran Orang Mati; (b) pegawai juga boleh mengaktifkan rekod-rekod dan data-data orang yang telah mati sebelum proses cabutan sijil kelahiran dilakukan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy