Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

261 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB sahaja sedar kejadian itu, pegawai terus melaporkan kepada polis dan juga penyelia. Keesokan hari, pegawai membuat laporan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan; c) pegawai sedar bahawa tanggungjawab menjaga komputer tersebut merupakan tanggungjawabnya dan kesal dengan apa yang telah terjadi kerana perkara yang berlaku tidak disengajakan dan bukan kehendak pegawai. Pegawai juga kerap berhubung dengan pihak polis untuk mengetahui perkembangan kes tetapi dimaklumkan kes ini tiada penyelesaian; dan d) sehubungan dengan itu, pegawai memohon maaf di atas perkara ini dan berharap perkara ini mendapat pertimbangan sewajarnya. Apa yang berlaku juga telah menjadi pengajaran kepada pegawai untuk lebih berhati-hati, terutamanya dalam menjaga aset Kerajaan yang di bawah tanggungjawab. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menjelaskan: (a) pegawai seorang penjawat awam yang amat dedikasi, komited, bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas; dan (b) sepanjang tempoh perkhidmatan, pegawai tidak pernah menimbulkan masalah serta sentiasa mempamerkan tatakelakuan yang baik. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbangkan kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan ‘surcaj’ sebanyak 50%

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy