Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
260 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN yang tidak sepatutnya, pembayaran yang tidak disahkan, kekurangan atau kebinasaan, atau gagal untuk menyimpan akaun-akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau gagal membuat pembayaran, atau lewat dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut suatu jumlah yang tidak melebihi amaun bagi mana-mana amaun yang tidak dipungut, pembayaran tertentu, kekurangan atau kehilangan atau nilai harta yang dibinasakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tentang kegagalan untuk menyimpan akaun- akaun atau rekod-rekod yang sempurna, atau kegagalan untuk membuat pembayaran, atau kelewatan dalam membuat pembayaran, maka Suruhanjaya akan membuat Surcaj terhadap orang tersebut jumlah tertentu sebagaimana pihak Suruhanjaya fikirkan patut.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pada 14 Ogos 2004, pegawai diberi kebenaran oleh Penyelia iaitu Timbalan Pengarah Jabatan A untuk membawa komputer riba jenama Acer pulang ke rumah. Komputer tersebut merupakan komputer yang telah diperuntukkan untuk Unit Kewangan, Bahagian Khidmat Pengurusan, Jabatan A bagi melaksanakan kerja-kerja Unit yang tertunggak. Pegawai menggunakannya untuk menyiapkan satu kertas kerja yang diperlukan dengan kadar segera; b) walau bagaimanapun, sebelum pulang pegawai singgah di Dataran Putra, Putrajaya untuk membeli makanan. Kereta pegawai telah diletakkan di Dataran Putra. Pada waktu itu, kawasan berkenaan dipenuhi pengunjung dan terdapat beberapa Pengawal yang mengawal laluan kereta di kawasan Masjid Putra. Berikutan suasana tersebut, pegawai beranggapan tempat tersebut selamat dan tidak menjadi sasaran mana-mana pihak yang berniat jahat. Walau bagaimanapun, komputer riba tersebut telah dicuri daripada kereta pegawai bersama-sama dengan barang-barang lain. Sebaik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy