Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

17 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (c) memohon agar diberi hak untuk didengar sebagaimana peruntukan 135(2) Perlembagaan Persekutuan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) notis-notis yang dimaksudkan oleh pegawai telah dihantar ke alamat pegawai dan diterima oleh wakil pegawai; (b) semenjak kembali bertugas pada 31 Oktober 2004, pegawai memberi kerjasama dan menjalankan tugas yang diarahkan dengan baik serta menunjukkan kesungguhan dalam tugas; (c) Pengarah Pelajaran pula berpendapat kes yang dihadapkan kepada pegawai adalah kes tatatertib dan bukan kes mahkamah. Oleh yang demikian pertuduhan yang dihadapkan jelas membuktikan pegawai diberi hak untuk didengar; dan (d) pegawai wajar dikenakan hukuman tatatertib dengan hukuman buang kerja memandangkan tiada tempoh dihadkan bagi menghadapkan kes tatatertib terhadap seorang pegawai awam selagi beliau masih berada dalam Perkhidmatan Awam. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa didapati bersalah dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ berkuat kuasa mulai 24 Oktober 2005 mengikut peraturan 38(g), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy