Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

258 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN KEHILANGAN KOMPUTER RIBA 1. KES Cik RI adalah seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M54 yang menyandang jawatan sebagai Pengarah di Jabatan B, Kementerian WSM. Pegawai semasa bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Jabatan A telah dilaporkan mengakibatkan kehilangan satu (1) unit komputer riba jenama ACER Model TM734TL No. Siri 9149C 01603039004 yang dibeli pada 7 November 2008 dengan harga RM8,231.00. Nilai sewaktu kehilangan ialah RM6,000.00. 2. SYOR PERBENDAHARAAN Perbendaharaan mengesyorkan pegawai dikenakan tindakan surcaj di bawah seksyen 18 Akta Tatacara Kewangan 1957. 3. WUJUD / TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE SURCAJ Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) berpuas hati wujud kes prima facie surcaj.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy