Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

256 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 8. PERMOHONAN UNTUK MENIMBANG SEMULA KEPUTUSAN SURCAJ OLEH PEGAWAI (a) pegawai mengutarakan beberapa alasan iaitu Pembantu Tadbir yang terlibat dengan kes ini tidak dikenakan apa-apa tindakan tatatertib dan masih menikmati kenaikan gaji tahunan; (b) ketiadaan pemantauan dari pihak pengurusan Jabatan Kewangan Negeri ketika itu adalah salah satu punca kepada kehilangan wang berkenaan. Masalah ini juga telah berlaku sebelum pegawai memulakan tugas di Pejabat Kesihatan KA dan kes ini timbul secara kebetulan apabila pemeriksaan audit dibuat secara mengejut. Pegawai Kesihatan yang bertugas sebelumnya juga tidak meninggalkan sebarang catatan tentang masalah pentadbiran yang ada atau perilaku Pembantu Tadbir terlibat; (c) Jabatan Kesihatan Negeri telah menempatkan seorang Pembantu Tadbir yang tidak berpengalaman dalam menguruskan hal-hal kewangan termasuk memungut dan menyimpan kutipan hasil. Perkara ini disedari oleh Jabatan Akauntan Cawangan Negeri; (d) tindakan diambil tanpa memberikan bukti-bukti kepada Pihak Berkuasa Tatatertib kerana ia disimpan oleh pihak polis semasa siasatan dibuat. Pegawai telah membuat laporan polis mengikut peraturan yang ditetapkan sebaik sahaja kehilangan disedari. Malangnya bukti-bukti tidak dapat dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib kerana beberapa kelemahan pihak pengurusan dan bukanlah atas kelalaian pegawai; (e) ketika pegawai diarahkan mengetuai Pejabat Kesihatan tempat beliau bertugas sekarang bermula pada 1 Januari 2008, pejabat ini dalam proses persiapan untuk berpindah ke lokasi yang baru dan kehilangan kutipan hasil disedari enam bulan kemudian; dan (f) pegawai memohon pertimbangan yang sewajarnya dari Pihak Berkuasa Tatatertib kerana hukuman yang dikenakan ke atas beliau telah menjadi satu igauan yang amat perit buat beliau dalam menjalankan tugas seharian.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy