Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

255 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (a) Ketua Jabatan berpendapat pegawai tidak sepatutnya dikenakan surcaj kerana sepanjang pegawai di bawah penyeliaannya, pegawai telah menunjukkan kepimpinan yang berwibawa dan telah menguruskan semua program kesihatan awam dengan cekap dan berkesan; (b) semasa pegawai mengambil alih pentadbiran di Pejabat Kesihatan Bandar K, unit pentadbiran sudah mempunyai kelemahan kerana tiada Ketua Pembantu Tadbir untuk menyelia. Pembantu Tadbir juga telah mengambil kesempatan terhadap kesibukan pegawai dalam menjalankan tugas; dan (c) pegawai pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1998. Kecemerlangannya dan sumbangan pegawai dalam perkhidmatan selama 21 tahun perlu diambil kira dalam menimbang kes ini. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbangkan kes pegawai memutuskan bahawa pegawai didapati bersalah dan dikenakan ‘surcaj’ sebanyak 10% daripada nilai RM25,825.00 iaitu sebanyak RM2,582.50 di bawah seksyen 18(c) Akta Tatacara Kewangan 1957. Asas-asas pertimbangan keputusan: a) pegawai tidak dapat membebaskan diri dari pertuduhan; b) menjadi pengajaran kepada pegawai untuk lebih berhati-hati; dan c) menjadi tauladan kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy