Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

250 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) berdasarkan rayuan perayu, pihak jabatan berpendapat hukuman amaran patut dikekalkan kerana tidak sewajarnya perayu bertindak kasar terhadap pesakit dan perayu tidak seharusnya hilang pertimbangan walau dalam keadaan yang mencabar sekali pun; dan (b) walau bagaimana pun, hukuman denda 7 hari emolumen dirayu supaya dibatalkan kerana ini adalah kesalahan perayu yang pertama. 10. KEPUTUSAN LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB Rayuan perayu ditolak dan hukuman yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib Jabatan dikekalkan . Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) rayuan perayu tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk mengubah keputusan Lembaga Tatatertib Jabatan; dan (b) keputusan Lembaga Tatatertib dikekalkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy