Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

16 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab-sebab yang munasabah dari 1 Ogos 1996 hingga 30 Oktober 2004. Ketua jabatan tuan telah mengeluarkan tiga (3) pucuk surat arahan kembali bertugas bertarikh 15 Ogos 1996, 24 Mac 1997 dan 6 September 1999 namun, tuan telah gagal mematuhi arahan tersebut. Perbuatan tuan ini boleh diertikan sebagai ingkar perintah iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) tidak pernah menerima sebarang notis bagi tarikh-tarikh yang dinyatakan di dalam surat pertuduhan; (b) hak untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai telah diketepikan memandangkan pihak sekolah dan Jabatan Pelajaran hanya bertindak untuk mengambil tindakan setelah lapan (8) tahun pegawai tidak hadir bertugas; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy