Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

249 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) perbuatan pegawai boleh membahayakan dan menyebabkan kecederaan kepada orang lain; dan (c) tingkah laku pegawai memburukkan nama perkhidmatan perubatan khususnya dan perkhidmatan awam amnya. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.2). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu merasa amat menyesal atas kejadian tersebut tetapi perayu terpaksa bertindak sedemikian kerana perlu mempertahankan diri pada waktu tersebut; (b) pesakit tersebut datang kepada perayu dalam keadaan marah walaupun pesakit tersebut bukanlah pesakit di bawah pengawasan perayu; (c) pesakit tersebut telah bertindak agresif terhadap perayu dan seorang lagi pegawai lain; dan (d) perayu perlu mempertahankan diri semasa diserang sebelum perayu dicederakan oleh pesakit tersebut yang agresif dan mula memukul perayu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy