Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

248 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (b) pesakit tersebut datang kepada pegawai dalam keadaan marah walaupun pesakit tersebut bukanlah pesakit beliau; (c) pesakit tersebut telah bertindak agresif terhadap pegawai dan seorang lagi pegawai lain; dan (d) pegawai perlu mempertahankan diri semasa diserang sebelum beliau dicederakan oleh pesakit tersebut yang agresif dan mula memukul pegawai. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) berdasarkan representasi pegawai, pihak jabatan tidak sewajarnya pegawai bertindak kasar terhadap pesakit dan pegawai tidak seharusnya hilang pertimbangan walau dalam keadaan yang mencabar sekali pun; dan (b) tindakan wajar dikenakan terhadap pegawai. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘denda’ sebanyak 7 hari emolumen mengikut peraturan 38(a) dan 38(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah mengaku melakukan kekasaran dengan menumbuk dan menendang pesakit tersebut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy