Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

247 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, QR (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perubatan Gred UD41, Hospital JT pada 15.8.2008 lebih kurang jam 10.30 pagi di Jabatan Kecemasan Hospital JT, didapati telah melakukan kekasaran dengan menumbuk dan menendang seorang pesakit bernama KK (KP: 000000- 00-0000). Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai telah mencemarkan nama perkhidmatan awam dan tidak bertanggungjawab iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(d) dan 4(2)(g), Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) bertindak dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam; (g) tidak bertanggungjawab.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai merasa amat menyesal atas kejadian tersebut tetapi beliau terpaksa bertindak sedemikian kerana perlu mempertahankan diri pada waktu tersebut;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy