Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

246 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MELAKUKAN KEKASARAN TERHADAP PESAKIT 1. KES Encik QR adalah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Pegawai Perubatan Gred UD41, Hospital JT dilaporkan melakukan kekasaran dengan menumbuk dan menendang seorang pesakit. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy