Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

244 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu merayu agar diringankan hukuman; (b) perayu mendakwa sedang berusaha untuk memperbaiki imej dan prestasi kerjanya; dan (c) perayu berjanji akan melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan melanggar peraturan penjara di masa akan datang. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy