Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

243 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (e) PPP TT mengambil handphone dan akan dikembalikan semula apabila tugas telah selesai; dan (f) beliau merayu agar dilepaskan dari pertuduhan dan akan berusaha untuk memperbaiki disiplin serta menjaga reputasi kerjanya di masa akan datang. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai telah mengakui kesalahan yang telah dilakukan; dan (b) ini untuk memberi pengajaran kepada pegawai dan dari pemerhatian, pegawai kini sedang cuba memperbaiki prestasi kerja. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh 6 bulan mengikut peraturan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) kesalahan yang dilakukan pegawai adalah serius dan boleh menjejaskan imej Jabatan; dan (b) menjadi pengajaran kepada pegawai lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy