Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

242 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah iaitu bercanggah dengan peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai menolak sekeras-sekerasnya dengan pertuduhan yang dihadapkan; (b) ketika pemeriksaan berlaku beliau sedang makan di Mess tersebut kerana tidak sempat makan di rumah; (c) PPP TT bertanya kepadanya sama ada membawa handphone atau tidak. Beliau menyatakan ada dan menjelaskan tujuan ia bawa adalah kerana anaknya masih sakit dan bertujuan untuk bertanyakan khabar dari isterinya yang berada di rumah; (d) perbuatan beliau adalah melanggar peraturan semasa bertugas;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy