Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

241 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 4. PERTUDUHAN Pertuduhan 1 Bahawa tuan, NJ (KP: 000000-00-0000) Pegawai Penjara Gred KX17, Penjara PRT pada 12.8.2008 di antara jam 8.00 malam sehingga 9.30 malam didapati memiliki satu (1) set telefon bimbit jenis Nokia model 3610 yang disimpan dalam poket baju tuan sewaktu pemeriksaan dilakukan di Pondok Mess M, Penjara PRT. Perbuatan tuan tersebut telah melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Penjara PRT Bil. 1/1992 berhubung Artikel Larangan iaitu barang-barang yang tidak dibenarkan di bawa masuk ke dalam penjara sewaktu bertugas. Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah iaitu bercanggah dengan peraturan 4(2)(g) dan 4(2)(i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (g) tidak bertanggungjawab; (i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.” Pertuduhan 2 Bahawa tuan, NJ (KP: 000000-00-0000) Pegawai Penjara Gred KX17, Penjara PRT didapati pada 30.8.2008 lebih kurang jam 8.30 malam (bertugas giliran kedua) telah didapati keluar meninggalkan tempat bertugas tanpa kebenaran pegawai atasan. Perbuatan tuan tersebut telah melanggar arahan yang dikeluarkan oleh Pengarah Penjara PRT Bil. 3/1997 berhubung Peraturan Pegawai Penjara yang antara lain menyatakan bahawa pegawai tidak dibenarkan meninggalkan tempat bertugas tanpa kebenaran daripada penyelia terlebih dahulu.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy