Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

240 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN MEMBAWA BARANG LARANGAN 1. KES Encik NJ, Pegawai Penjara Gred KX17, Penjara PRT dilaporkan memiliki 1 set telefon bimbit jenis Nokia model 3610 sewaktu bertugas dan telah keluar meninggalkan tempat bertugas tanpa kebenaran. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy