Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

238 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu sangat menyesal dengan kesilapan dan perbuatan yang telah dilakukan semasa dalam perkhidmatan; (b) perayu begitu tertekan dengan masalah kesihatan dan keluarga yang tidak dapat perayu nyatakan; dan (c) perayu berjanji tidak akan mengulangi kesilapan dan akan menjadi pekerja yang berdedikasi serta bertanggungjawab. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut: (a) tiada alasan kukuh diberi oleh perayu untuk menyokong rayuan; (b) penyalahgunaan dadah di kalangan pegawai kerajaan adalah sangat serius dan tidak boleh berkompromi dengan kesalahan seumpama ini; dan (c) tidak menyokong rayuan perayu dan berharap tindakan tatatertib terhadap perayu dapat dijadikan pengajaran kepada pegawai lain.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy