Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

237 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Lembaga Tatatertib mempertimbangkan berdasarkan bahawa pegawai telah didapati menagih dadah kerana ujian air kencing yang dibuat ke atas pegawai tersebut didapati positif mengandungi ‟11- nor - delta -9- tetrahydrocannabinol -9- carboxylic acid ‟. Pegawai Perubatan Kerajaan pada 15.6.2007 telah memperakui dan mengesahkan bahawa pegawai seorang yang telah menagih dadah jenis „Cannabis‟ ; (b) pegawai menyatakan bahawa beliau mengalami banyak masalah peribadi dan tekanan. Oleh itu, secara tidak sengaja pegawai terlibat dalam pengambilan dadah. Pegawai berjanji akan memperbaiki diri dan tidak akan melibatkan hal-hal peribadinya dengan urusan kerja; (c) ulasan Ketua Jabatan menyatakan bahawa jawapan pegawai dalam representasi bertulis bahawa pegawai mengambil dadah secara tidak sengaja jelas menunjukkan pegawai mempraktikkan „escapism‟ . Keperibadian sebegini tidak sesuai langsung bagi seorang penjawat awam; dan (d) Lembaga Tatatertib mendapati pegawai bersalah terhadap pertuduhan yang dihadapkan kerana menagih dadah merupakan satu kesalahan yang serius dan berkelakuan tidak bertanggungjawab. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy