Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

236 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai mengalami masalah peribadi dan tekanan dan dengan secara tidak sengaja terlibat dalam pengambilan dadah. Pegawai bukanlah seorang penagih tegar; (b) pegawai mengaku bersalah; (c) pegawai berjanji untuk memperbaiki diri dalam hal kerja dan tidak akan melibatkan hal-hal peribadi dengan urusan kerja; dan (d) pegawai akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan berjanji tidak terlibat dalam penggunaan dadah. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) jawapan dalam representasi bertulis pegawai menunjukkan pegawai mempraktikkan escapism , keperibadian begini tidak sesuai langsung bagi seorang penjawat awam; dan (b) mengesyorkan tindakan tatatertib paling tegas supaya amalan kurang sihat dan merbahaya pegawai tidak dicontohi oleh pegawai lain. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa Pegawai didapati bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘buang kerja’ mengikut peraturan 38(g), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy