Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

235 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kes prima facie. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, AB (KP: 000000-00-0000) Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U3 di Hospital Z telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah berbahaya. Keputusan ujian air kencing terhadap tuan didapati positif mengandungi „11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid‟ . Tuan dengan itu telah melanggar peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “7(1) Seseorang pegawai tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang diperskripsikan untuk kegunaan bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 atau menyalahgunakan atau menagih apa- apa jenis dadah berbahaya.” Perbuatan tuan itu boleh diertikan sebagai mencemar imej perkhidmatan awam iaitu bertentangan dengan peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan yang sama yang menyatakan seperti berikut: “4 (2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama perkhidmatan awam.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy