Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

234 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN PENYALAHGUNAAN DADAH 1. KES Encik AB adalah seorang pegawai Kumpulan Sokongan yang memegang jawatan sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan, Gred U3 di Hospital Z. Pegawai dilaporkan terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Pegawai Perubatan di Hospital Z pada 15.6.2007 telah mengesah dan memperakukan bahawa pegawai ialah seorang penyalahguna dadah berbahaya jenis „11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid‟. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No. 2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, telah memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy