Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

232 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN atau Turun Pangkat) mengikut peraturan 28(3), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. PERINTAH TAHAN KERJA Setelah menimbangkan laporan dan perakuan Ketua Jabatan di bawah peraturan 28(4), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Buang Kerja atau Turun Pangkat) mengenakan perintah tahan kerja ke atas pegawai berkuat kuasa serta-merta mengikut peraturan 44(1)(a), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 4. PERINTAH GANTUNG KERJA Mahkamah Sesyen kemudiannya telah memutuskan bahawa pegawai bersalah di atas enam (6) pertuduhan dan seterusnya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,000.00 bagi setiap pertuduhan. Sekiranya tidak membayar denda, hukuman dua minggu penjara dikenakan. Ketua Jabatan pegawai mengemukakan keputusan Mahkamah Sesyen berkenaan dan syor agar pegawai dikenakan perintah gantung kerja kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat). Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah mengenakan perintah gantung kerja ke atas pegawai mengikut peraturan 28(6) dan peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berkuat kuasa serta-merta. 5. PERAKUAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan mengemukakan perakuan di bawah peraturan 29(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 bergantung kepada jenis dan keseriusan kesalahan dengan takat sabitan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy