Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

14 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (a) Pengetua tidak mahu berkompromi dengan cadangan yang telah pegawai usulkan demi kebaikan sekolah; (b) kelulusan akademik, pengetahuan dan pengalaman pegawai lebih menjurus kepada bidang teknikal dan amat bertepatan jika pegawai tidak mengajar di dalam lapangan mata pelajaran lain; (c) pegawai berpendapat pegawai tidak wajar mengajar pelajaran di luar bidang yang diceburi namun pegawai telah memberikan komitmen bagi memastikan kejayaan pelajar beliau; dan (d) pegawai pada masa itu turut dipengaruhi oleh faktor marah. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2),

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy