Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

229 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 3. KEPUTUSAN Setelah menimbangkan laporan dan perakuan Ketua Jabatan, Lembaga Tatatertib Jabatan Kumpulan Sokongan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Buang Kerja atau Turun Pangkat) memutuskan pegawai dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘tangguh pergerakan gaji’ bagi tempoh tiga (3) bulan di bawah peraturan 38(a) dan 38(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai didapati bersalah; dan (b) sebagai pengajaran kepada pegawai lain untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. 4. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (a) perayu berjanji tidak akan mengulangi kesalahan dan akan menjaga nama baik dan imej jabatan pada masa hadapan; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy