Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

228 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN DISABITKAN KESALAHAN JENAYAH KHALWAT OLEH MAHKAMAH SYARIAH 1. KES Encik FT adalah seorang pegawai dari Kumpulan Sokongan yang memegang jawatan sebagai Pembantu Tadbir Gred N17. Pegawai dilaporkan telah disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di atas pertuduhan berkhalwat. Pada tahun 2008 jam 11.58 malam di dalam bilik Y, Chalet X, pegawai berada di dalam hal keadaan yang boleh mendatangkan syak melakukan maksiat dengan seorang perempuan bernama Z yang bukan mahram atau isteri yang sah di sisi hukum syarak. Pegawai telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di bawah Seksyen 54(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri XY. Beliau didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,500.00 Kes pegawai diuruskan di bawah Prosedur Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah di bawah peraturan 28, 29 dan 33 Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 2. SYOR KETUA JABATAN Ketua Jabatan mengemukakan syor kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) bahawa pegawai patut dihukum dengan apa-apa hukuman selain buang kerja atau turun pangkat dan perintah gantung kerja tidak perlu dikenakan kepada pegawai atas sebab kepentingan perkhidmatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy