Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

226 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (c) sebagai pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai (perayu) mengemukakan rayuan berdasarkan alasan-alasan berikut kepada Lembaga Rayuan Tatatertib: (c) hubungan perayu dengan wanita terlibat hanya bersifat hubungan akademik dan hubungan kerja; dan (d) penyiasatan yang dijalankan tidak adil kerana perayu tidak dimaklumkan akan kesalahan hubungan tersebut dalam tempoh seberapa segera. 9. ULASAN KETUA JABATAN TERHADAP RAYUAN PEGAWAI Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib rayuan perayu berserta ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan perayu dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat rayuan perayu diterima sebagaimana yang ditetapkan di bawah peraturan 15(2), Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Ketua Jabatan mengemukakan ulasan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy