Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
225 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) perhubungan mereka adalah dalam pengetahuan suaminya; dan (c) beliau menjadi mangsa keadaan atas konflik rumah tangga yang berlaku sebelum jalinan hubungan bermula. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) representasi yang diberikan oleh pegawai tidak konsisten; dan (b) representasi pegawai tidak dapat membebaskan diri pegawai dari pertuduhan tatatertib yang dikenakan. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) Sebagai seroang pegawai kanan di sebuah jabatan, pegawai seharusnya menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada pegawai-pegawai bawah penyeliaannya; (b) pegawai telah menyebabkan keharmonian rumah tangga Puan Y dan suaminya terjejas; dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy