Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

224 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik ABC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Sains Gred C52 semasa bertugas sebagai Timbalan Pengarah di Jabatan M, telah didapati menjalinkan hubungan dengan Puan Y (KP: 111111-11-1111), isteri kepada Encik C (KP: 222222-22-2222) sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga pasangan tersebut. Perbuatan tuan itu jelas bertentangan dengan etika pegawai awam dan nilai serta adab sopan dan boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti yang menyatakan berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) hubungannya dengan wanita tersebut hanya bersifat hubungan akademik dan kerja;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy