Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

223 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB MENJALIN HUBUNGAN DENGAN WANITA YANG TELAH BERKAHWIN 1. KES Encik ABC adalah seorang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah, Pegawai Sains Gred C52 di Jabatan M. Pegawai dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan Puan Y sehingga mengganggu ketenteraman rumah tangga wanita tersebut. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No. 1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja Atau Turun Pangkat) setelah menimbang kes ini di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa kesalahan pegawai adalah wajar dikenakan tindakan tatatertib bukan dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Mempunyai Kuasa Mengenakan Hukuman Selain Buang Kerja atau Turun Pangkat) selepas

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy