Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

222 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (d) memandangkan pegawai pada sepanjang tempoh perkhidmatannya telah menunjukkan komitmen serta keupayaan yang tinggi di dalam menjalankan tugas, maka pihak Lembaga boleh memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas kes ini. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai bersalah di atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak satu (1) pergerakan selama 12 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai mengaku bersalah terhadap pertuduhan; (b) perbuatan pegawai mencemarkan imej perkhidmatan awam; dan (c) menjadi pengajaran kepada pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. 8. RAYUAN PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan rayuan ke atas hukuman yang telah dijatuhkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib (Kumpulan Pengurusan No.1). Rayuan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib melalui Ketua Jabatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pegawai menerima keputusan Lembaga Tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15(1) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Pegawai tidak mengemukakan apa-apa rayuan terhadap keputusan Lembaga Tatatertib.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy