Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
220 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN internet adalah jelas bertentangan dengan etika dan tatakelakuan pegawai awam serta adab sopan dan boleh diertikan sebagai berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam di bawah peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh – (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dinyatakan dalam surat pertuduhan. Walau bagaimanapun sebelum berita itu tersebar, pegawai telah pun insaf dan kembali ke pangkal jalan; (b) pegawai menyatakan yang beliau serasi bekerja dengan Encik SS atas sikap komitednya terhadap tugas. Keprihatinan serta sikap sedia membantu Encik SS membuatkan pegawai berasa selesa untuk berkongsi masalah dan meminta nasihat/ pandangan; (c) pegawai memohon maaf di atas perbuatannya dan tidak berniat untuk mencemarkan nama baik perkhidmatan awam, sebaliknya apa yang berlaku adalah di atas kelemahan diri pegawai sendiri;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy