Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
13 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB Pertuduhan 2 Pegawai dikenakan hukuman ‘amaran’ mengikut peraturan 38(a), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; (b) perbuatan pegawai adalah salah kerana melanggar Surat Pekeliling Am Bil. 11/1981 - Sistem Penggunaan Kad Perakam Waktu Di Pejabat-Pejabat Kerajaan, peraturan 4(2)(g), 4(2)(i), dan 24 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993; (c) perbuatan pegawai mencemarkan imej profesion pendidikan; dan (d) pegawai boleh diberi peluang untuk memperbaiki diri selaras dengan ulasan Ketua Jabatan. 1. KES Encik GGG adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang bertugas di Sekolah Menengah QAQ, Daerah G, Negeri S Pegawai telah dilaporkan tidak hadir bertugas selama 2,983 hari dari 1 Ogos 1996 hingga 30 Oktober 2004. Ketua jabatan pegawai telah mengeluarkan tiga (3) pucuk surat arahan kembali bertugas pada 15 Ogos 1996, 24 Mac 1997 dan 6 September 1999. Surat-surat tersebut telah diakui terima oleh pegawai. Melalui siasatan yang dijalankan, Pegawai mengemukakan alasan ketidakhadirannya seperti berikut: CONTOH 2
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy