Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

219 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) di bawah peraturan 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, berpendapat bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 36, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD SUATU KESALAHAN TATATERTIB Pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan (No.1) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 36(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud suatu kesalahan tatatertib. 4. PERTUDUHAN Bahawa puan, GG (No. Kad Pengenalan: 000000-00-0000), Timbalan Pengarah Kanan, Pegawai Tadbir Gred N48, Jabatan R telah dikenal pasti sebagai wanita dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan perlakuan sumbang puan bercumbu-cumbuan dengan seorang lelaki di tempat letak kereta Jabatan R pada 20 Julai 2008 di antara jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. Perlakuan puan itu juga telah tersebar di internet dan akhbar Harian Metrofulus pada 28 Julai 2008 Perbuatan puan yang berkelakuan sumbang dengan Encik SS (No. Kad Pengenalan : 000000-00-0000), Pembantu Tadbir Kesetiausahaan Gred N17 yang telah tersebar luas kepada umum melalui siaran akhbar dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy