Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib
218 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai bersalah dan dikenakan hukuman ‘amaran’ dan ‘turun gaji’ sebanyak 3 pergerakan gaji bagi tempoh 36 bulan mengikut peraturan 38(a) dan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai tidak menafikan pertuduhan; dan (b) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan. 1. KES Puan GG adalah seorang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pengarah Kanan, Pegawai Tadbir Gred N48 di Jabatan R. Laporan mengenai perlakuan sumbang pegawai telah diterima berdasarkan siaran akhbar Harian Metrofulus pada 28 Julai 2008 berhubung satu klip video di internet yang memaparkan percumbuan dua (2) individu yang dipercayai pegawai kerajaan di dalam kereta, di tempat letak kereta dan waktu yang tidak dikenal pasti. Hasil siasatan yang dilakukan oleh Ketua Jabatan mendapati rakaman litar tertutup (cctv) Jabatan R telah menunjukkan perlakuan tersebut dilakukan di tempat letak kereta Jabatan R. CONTOH 3
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy