Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

217 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (a) pegawai hanya membawa pelajar tersebut keluar dengan ditemani pihak ketiga; (b) pegawai membawa pelajar ke rumah ketika isterinya berada di rumah pada waktu hujung minggu untuk menonton televisyen kerana pelajar tersebut tidak suka menonton secara beramai-ramai di asrama; (c) rancangan televisyen yang dikatakan mengandungi aksi lucah dibuka oleh isteri pegawai dan ianya dibuka atas persetujuan pelajar sendiri; (d) khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada pelajar tersebut bukanlah satu gangguan seksual tapi pernyataan kasih sayang kepada seorang adik angkat yang telah dianggap sebagai adik kandung sendiri. Pelajar turut membalas dengan perkara yang sama; dan (e) tindakan pegawai dan isteri merapati pelajar tersebut adalah bertujuan untuk memberi sokongan moral kepada pelajar yang tidak mempunyai keyakinan diri dan tidak pandai berkawan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) pegawai telah diletakkan di bawah pengawasannya. Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, beliau mendapati pegawai berjaya melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pensyarah; dan (b) Ketua Jabatan berpendapat hukuman yang bakal dikenakan ke atas pegawai hendaklah diringankan memandangkan pegawai baru berkhidmat sebagai penjawat awam dan kini menyedari kesilapannya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy