Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

216 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN (2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain – (a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis atau dengan apa-apa lain; (b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat atau dalam waktu kerja selagi perbuatan memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.” dan perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai mencemar imej perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah Peraturan 4(2)(d), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4(2) Seseorang pegawai tidak boleh - (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.” 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 37(2)(b) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy