Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

214 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN Pertuduhan 1 Bahawa tuan, Encik CCC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41, Kolej KH, Negeri S, telah pada tarikh 12 Mei 2004, antara jam 5:00 hingga 7:00 petang di rumah warden asrama melakukan perbuatan bersifat gangguan seksual terhadap pelajar bernama UUU (KP: 000000-00-0000) iaitu dengan mengajak pelajar berkenaan menonton filem Inggeris yang mengandungi unsur-unsur lucah, berbual mengenai kesan melakukan aktiviti seks, memeluk dan berbaring di atas riba pelajar. Perbuatan tuan ini telah diertikan sebagai melanggar Peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh – (a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu; atau (b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang, setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.” Perbuatan tuan itu juga boleh diertikan sebagai mencemar imej perkhidmatan awam iaitu melanggar tatakelakuan di bawah peraturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy