Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

212 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbang kes pegawai, memutuskan pegawai bersalah dan dikenakan hukuman ‘turun gaji’ sebanyak dua (2) pergerakan bagi tempoh 12 bulan mengikut peraturan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Asas-asas pertimbangan keputusan: (a) pegawai telah mengaku melakukan perbuatan tersebut apabila disoal oleh Ketua Jabatannya; dan (b) perbuatan pegawai melanggar Kod Etika Profesion Perguruan. 1. KES Encik CCC adalah Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 yang bertugas di Kolej KH dan belum disahkan dalam perkhidmatan. Pegawai dilaporkan telah melakukan gangguan seksual ke atas seorang pelajar perempuan. Laporan tersebut antara lain menyebut bahawa pegawai mengajak pelajar dengan niat menonton filem Inggeris yang mengandungi unsur-unsur lucah sambil berbual mengenai kesan melakukan aktiviti seks bebas diikuti memeluk dan berbaring di atas riba pelajar. Pegawai juga menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelajar yang menyatakan rasa rindu dan sayang serta mengajak pelajar berjumpa dengannya. Ketua Jabatan telah mengambil tindakan dengan CONTOH 2

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy