Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

211 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB (b) sekiranya perbuatan mencium pelajar tersebut berlaku, sudah pasti pelajar akan menjerit dan didengari oleh pelajar dan kakitangan lain; (c) pegawai menganggap pelajar berkenaan sebagai anak angkatnya; (d) pegawai menghidap darah tinggi dan gout; (e) pegawai tidak bersalah atas kes tersebut memandangkan tiada pertuduhan dan pendakwaan serta kes pegawai ditutup oleh pihak polis; dan (f) pegawai sering membantu pelajar-pelajar dari segi bantuan kewangan. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) representasi pegawai berbentuk penafian dan bercanggah dengan laporan pelajar; (b) pegawai ketika disoal siasat oleh Ketua Jabatan telah menyatakan bahawa beliau bersalah dan melakukan perbuatan sedemikian; dan (c) Ketua Jabatan mengesyorkan agar hukuman yang dikenakan terhadap pegawai tidak sehingga menggelapkan masa depan pegawai memandangkan pegawai telah berkhidmat selama 26 tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy