Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

12 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) berdasarkan alasan-alasan yang diberikan, pegawai ini akan dapat mengubah diri seterusnya memperbaiki prestasi kerjanya dengan tempat dan persekitaran bertugas yang baru; (b) pegawai juga telah berjanji di hadapan Pengetua untuk tidak mengulangi kesalahan tidak hadir bertugas serta mewujudkan masalah-masalah lain; dan (c) Ketua Jabatan berharap agar pegawai ini diberi pertimbangan dan peluang sekali lagi sebelum tindakan tatatertib diambil. 7. KEPUTUSAN LEMBAGA TATATERTIB Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, setelah menimbang kes pegawai, memutuskan bahawa pegawai bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan dikenakan hukuman tatatertib mengikut peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 seperti berikut : Pertuduhan 1 Pegawai dikenakan hukuman ‘lucut hak emolumen’ pada hari-hari pegawai tidak hadir bertugas dan ‘turun gaji’ sebanyak satu pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan mengikut peraturan 38(c) dan 38(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy