Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

209 SETITIK NILA: HIMPUNAN CONTOH KES-KES TATATERTIB hukuman dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Oleh yang demikian, kes pegawai ini telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran selaku Pihak Berkuasa Tatatertib Yang Berkenaan untuk tindakan selanjutnya. 3. WUJUD/TIDAK WUJUD KES PRIMA FACIE Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat) selepas menimbang kes ini di bawah peraturan 37(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 berpuas hati wujud kes prima facie . 4. PERTUDUHAN Bahawa tuan, Encik STC (KP: 000000-00-0000) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG 41, bertugas di Sekolah Menengah CVV, Negeri P, pada 12 Mac 2004, antara jam 2:00 hingga 4:00 petang di Bilik Kaunseling sekolah telah melakukan perbuatan bersifat seksual terhadap pelajar bernama ASA (KP: 000000-00-0000) dengan mencium pipi pelajar, memaksa pelajar mencium pipi dan mengancam pelajar berkenaan supaya tidak membocorkan kejadian tersebut. Perbuatan tuan melakukan gangguan seksual itu adalah melanggar peraturan 4A(1)(a) dan 4A(1)(b), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan seperti berikut: “4A(1) Seseorang pegawai tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak boleh –

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy