Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

208 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN GANGGUAN SEKSUAL 1. KES Encik STC adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bertugas di Sekolah Menengah CVV. Pegawai didapati telah berkelakuan tidak sopan terhadap seorang pelajar perempuan di Sekolah CVV. Beliau dituduh melakukan perbuatan bersifat seksual dengan mencium pipi seorang pelajar secara paksa. Gangguan seksual tersebut dilaporkan berlaku semasa pelajar berada di dalam bilik pegawai. Setelah selesai perbincangan, pegawai menghalang pelajar dari keluar dan mensyaratkan pelajar mencium pipi pegawai sebelum keluar. Pegawai juga telah mengugut pelajar berkenaan agar tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut. Pelajar kemudiannya membuat laporan kepada pihak Polis. Ekoran daripada aduan tersebut, Pengetua Sekolah tersebut telah melakukan perjumpaan dengan pegawai. Hasil perjumpaan tersebut, pegawai mengakui aduan yang dibuat terhadapnya adalah benar. 2. PENENTUAN KES Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan (No.2) (Pihak Berkuasa Tatatertib yang mempunyai kuasa mengenakan hukuman selain buang kerja atau turun pangkat) setelah menimbangkan pelanggaran tatatertib yang telah dilakukan oleh pegawai dan memutuskan bahawa pelanggaran tatatertib tersebut adalah dari jenis yang patut dikenakan CONTOH 1

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy