Setitik Nila - Himpunan Contoh Kes-kes Tatatertib

206 PENGENALAN TATATERTIB SURCAJ PENAMATAN 5. REPRESENTASI PEGAWAI Pegawai boleh mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pihak Berkuasa Tatatertib dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh dimaklumkan mengenai fakta tersebut sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 36(1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pegawai telah mengemukakan representasi seperti berikut: (a) pegawai menjelaskan sekolah berkenaan terletak di kawasan luar bandar yang serba kekurangan dan tidak memberi keselesaan kepada guru dan pelajarnya. Pegawai berusaha untuk menyelesaikan kerosakan yang serius untuk keselamatan guru serta pelajar. Pegawai tidak memohon kelulusan pemindahan peruntukan (viremen) daripada Perbendaharaan kerana kelulusan agak lambat dan perkhidmatan/pembelian diperlukan segera; dan (b) pegawai memohon maaf atas kesalahan yang dibuat dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi di mana keputusan yang dibuat adalah dalam keadaan terdesak. 6. ULASAN KETUA JABATAN Ketua Jabatan dalam ulasannya menyatakan: (a) Ketua Jabatan memberi ulasan di mana pegawai merupakan seorang Pengetua yang komited, berdedikasi dan bertanggungjawab; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy